Karnival Juanlan Dekat Sekolah Saya..

Hari ini dalam sejarah sebab dalam satu hari aku buat dua entry..
hal ini bagi membalas dendam sebab aku dah lama tak buat entry..excited punya pasal sampai aku trlupa nak tulis tajuk..tunggu kejap!!
Amacam sempoi tak tajuk??Entry nie aku mcam excited sikit sebab ada request..
fuyyoo ada request tuhh xsangka ada juga yang sudi menadahkan muka untuk menyelinap masuk dekat blog aku yang telah aku abaikannya...tapi tak pa berbalik kepada tajuk..
well korang tahukan yang aku nie budak Tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah yang agak lama telah melaksanakan misi yang agak penting iaitu menduduki peperiksaan PMR(doakan kejayaan aku okey)so,bagi menghabiskan sisa-sisa hidup disekolah,pihak sekolah aku telah sepakat untuk mengadakan karnival jualan bagi tingkatan 3..kiranya semua budak form 3 kena jadi peniaga mengikut kelas masing-masing...tapi aku nie pembelot sebab aku tak pegi tolong pon budak kelas aku..aku pegi tolong budak kelas lain sebab menu depa lagi best..
korang nak tau dak depa jual apa??
depa jual ayam goreng Aaron Aziz okey...gempak gila kot..

sangat laku kot ayam goreng nie...menurut pengasas ayam goreng Aaron Aziz nie..sesiapa yang membelinya malam nanti akan termimpi mimpi Aaron Azizi..betol ka??



Muka nak promote ayam goreng Aaron Aziz..macam tak boleh belah je

selain daripada tuhh depa jugak jual ais krim satu malaysia


nostalgia kot ais krim nie..ingat lagi waktu kecik2 dulu hari2 mesti nak makan ais krim nie


dah nama pon ais krim satu malaysia mestilah bukan orang melayu saja yang beli..

Di samping itu..mereka juga ada menjual beberapa benda yang bergoreng seperti bebola ketam dan banyak lagi yang aku tak ingat..


sudah pastilah aku yang menggorengnya...sebabtu jualannya sangat menguntungkan..cuba cari yang mana satu aku..kalau jumpa betol aku kasi seringgit..


bukan aku sorang ja tau yang goreng..aku juga dibantu oleh beberapa assistant iaitu Aimi,Fatin dan Zulaikha


diminta anda jangan muntah berdarah sebab tengok muka aku yang tersenyum yang tidak jauh bezanya seperti jakun yang tidak pernah jumpa camera


muka aku yang burn + berminyak sebab terlalu lama mendedahkan diri dihadapan kuali..


benda nie bukan kami yang menjualnya tetapi budak kelas lain..aku pon dah lupa nama dia apa..sekali tengok nampak macam sedap..aku pon dengan suka citanya memujuk Hatim iaitu rakan sekelas yang sangat annoying untuk membelanja aku untuk membeli desert ini..apabila aku menyuapnya kedalam mulut..ianya boleh diklasifikasikan seperti INDAH KHABAR DARI RUPA...tapi kawan aku cakap sedap...
well lidah masing-masing lainkan..yang aku ingat benda nie ada 3 lapisan iaitu agar2,puding dan kek..


aku sebenarnya sangat menyampah jugalah untuk tengok muka aku sendiri bila aku tangkap gambar
lagi2 kalau pakai DSLR(tapi tak daklah menyampah sangat,nanti Allah bagi hidung penyek mulut herot baru tau)Bila aku tangkap gambar guna DSLR akan jelaslah kelihatan berminyaknya muka aku dan jerawat yang telah sign kontrak untuk menetap dimuka aku nie...that's why lah aku akan cuba mengelak bila nak tangkap gambar..tapi kalau dengan family aku xpa sebab abang aku pon ada masalah yang sama..huahuahua


jeolous pulak aku negok mak cik dua orang nie....tapi xpa diorang kawan aku sampai mati


okey,saya akhiri entry kali ini dengan gambar dari kami yang gembira sebab ayam goreng Aaron Aziz mendapat sambutan hangat..hahaha
*abaikan mukan aq yang burn itu..

sehingga berjumpa dilain entry kalau aku ini rajin untuk menekan keyboard...







Thankz for reading..comment tau.. :D

0 comments:

Post a Comment